Sahabat-sahabat Nabi ada pelbagai, ada yang paling rapat dan besar jasanya kepada baginda seperti 4 orang khalifah dan 7 orang Abdullah, ada pahlawan utama di medan perang, ada penulis wahyu dan ada juga penyair seperti Hasan bin Thabit.
Dari banyak-banyak aktiviti sahabat yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam. Perlulah menilai aktiviti sahabat yang manakah lebih disukai oleh baginda.?
Kemudian, setelah mengkajinya, luanglah masa dan tenaga untuk mengikuti langkah sahabat Nabi tersebut dan kurangkan tumpuan kepada aktiviti yang jarang-jarang di ambil perhatian oleh Nabi. Dengan itu, kita mampu meletakkan prioriti beragama dengan betul.
Fikirkan...sahabat-sahabat Nabi mungkin ada yang dari kategori di bawah:-
- yang mahir & kerap mengajar dan membincangkan ilmu dari Al-Quran & Sunnah,
- yang mahir & kerap berjuang di medan peperangan sebenar menegakkan Islam,
- yang mahir & kerap belajar & membetulkan amalan,
- yang mahir & kerap terlibat urusan politik,
- yang mahir & kerap membersihkan jiwa secara sendirian,
- yang mahir & kerap bernashid dan bersyair memuji-muji nabi,
- yang mahir & kerap berniaga secara halal