Tuesday, April 29, 2014

Garis Masa Rasulullah S.A.W


Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff - memilih-milih ilmu seperti memilih pakaian

Liked · 1 hr
 

...Jangan ada diantara kamu memilih-milih ilmu seperti memilih pakaian,Kerana sifat ilmu semua datangnya dari Tuhan yang satu.Tiada sempadan dalam mempelajari ilmu.Jangan ada diantara kamu terlalu taksub pada penyampai ilmu..Sehingga ada diantara yang puja-memuja yang secara terang-terangan boleh jatuh Haram.

Dari Abu Hurairah, R.A,dari Nabi s.a.w., Sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia
(harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sunday, April 27, 2014

Fadlan Mohd Othman - Lisanmu menggambarkan akhlakmu.

Lisanmu menggambarkan akhlakmu.
Nabi SAW telah mengatakan "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata benar atau senyap sahaja." HR Al-Bukhari No. 6138.
Akhlak pula adalah sesuatu yang wajib diperbaiki oleh semua umat Islam. Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia; maka begitu jugalah sewajarnya muslim yang merupakan pengikut Baginda SAW.
Walaupun berbicara tentang orang yang jahat, Nabi SAW tetap berbicara dengan baik. Baginda SAW menjelaskan kejahatannya tanpa menggunakan kata-kata nista dan keji. Cukup sekadar yang mendatangkan faedah iaitu memberi maklumat tentang kebejatan akhlak orang itu; seperti:
"Buruk sekali dia ini dalam interaksi."
"Abu Jahm tidak akan meletakkan tongkatnya daripada bahunya."
"Muawiyah miskin tidak mempunyai harta."
"Wahai Abu Zar, engkau adalah individu lemah."
Namun, tiada pula Rasulullah SAW mencaci, memaki atau mencerca!
Justeru, wahai sahabat, ikutlah Rasulullah SAW dalam menjaga lisan kita khususnya bila berbicara tentang orang yang tidak kita senangi atau tentang kebejatan akhlaknya...
Laksanakanlah ayat ini (Surah Yusuf 108):
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, AKU DAN ORANG-ORANG YANG MENURUTKU, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
Perhatikanlah: "AKU DAN ORANG-ORANG YANG MENURUTKU" iaitu mukmin yang mengikut Rasulullah SAW dalam pelaksanaan agama Islam.
Ingatlah, di zaman ini, jari-jemari anda mewakili lisan anda!

Saturday, April 26, 2014

Xifu Naser - Keramat Karpal vs kubur wali

SEMASA saya masih bergelar mahasiswa muda, saya menulis sebuah buku yang mengkritik mengenai seorang profesor.
Walaupun dalam buku tersebut telah saya berikan hujah-hujah ilmiah namun kritikan saya sangat beremosi dan telah merendah-rendahkan ketokohan profesor tersebut. Prof Ibrahim Zein, seorang tokoh Ilmuwan Islam dari Sudan membaca buku tersebut dan beliau memberi nasihat ini kepada saya:

“Jika kamu merendah-rendahkan pencabar kamu, maknanya kamu tidak sehebat mana pun kerana kamu hanya mampu mencabar yang lebih rendah daripada kamu!”

Saya membaca penulisan-penulisan di internet yang memperlihatkan segelintir orang Islam, termasuk personaliti-personaliti terkenal dalam dunia Islam Malaysia mencabar dan menghina jasad yang tidak lagi bernyawa!

Siapakah lebih hebat sebenarnya? Jasad tidak bernyawa ataupun lidah yang masih mampu menjelir-jelir?

Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan bukanlah seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama tetapi beliau lebih memahami Islam mengenai perkara ini.

Beliau telah mengkritik seorang tokoh agama dan menyuruhnya ‘shut up’ tatkala tokoh agama tersebut tersasul mengenai ayat yang boleh membawa makna bahawa ALLAH SWT mematikan Karpal Singh supaya hudud dapat dilaksanakan di Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan, apabila tokoh ini menambah hujahnya dengan mengatakan bahawa teologinya tidak bertentangan dengan Islam kerana ALLAH SWT yang mematikan semua manusia.

Terdapat beberapa masyarakat awam yang memberi respons, “alhamdulillah, rahmat bagi umat Islam Malaysia untuk melaksanakan hudud!” dan banyak lagi.

Bagi saya, mungkin juga ALLAH SWT mematikan Karpal sebagai ujian bagi kamu untuk menguji sejauh mana kamu menjaga lidah kamu dan membongkarkan kejahilan diri sendiri!

Benar, jika kamu katakan bahawa ALLAH SWT yang mematikan semua manusia tetapi adakah teologi Islam membenarkan senario ini? Bayangkan jika saya membunuh anda, kemudian saya katakan bahawa, “ALLAH SWT yang mematikan semua!!!” Ayat kamu betul tetapi kamu telah menggunakannya dalam konteks yang salah.

Bukan saya tidak bersetuju dengan fatwa tentang RIP (Rest In Peace) yang diucapkan kepada yang telah meninggal, tetapi sudah terang lagi bersuluh bahawa hujah-hujah di sebalik fatwa ini menunjukkan para agamawan lebih cenderung untuk menghukum dan bukannya membetulkan kekeliruan yang sudah pasti akan tercetus tatkala sesuatu hukum dikeluarkan. Setiap hukum yang dikeluarkan perlu diambil kira maqasidnya serta impaknya kepada masyarakat yang dikatakan mudah keliru hatta dalam isu kalimah ALLAH sekalipun.

Hujah fatwa ini dapat mengelirukan umat Islam dan bukan Islam dengan mudah kerana mereka tidak memperbetulkan kekeliruan yang berleluasa dalam kalangan umat Islam sendiri dari dahulu hingga ke saat ini, iaitu hukuman syurga-neraka: terdapat segelintir daripada mereka yang menghukum Karpal atau mana-mana individu secara spesifik dan mengklasifikasikan mereka sebagai ahli neraka atau ahli syurga.

Perbuatan mereka ini seolah-olah menunjukkan tugas mutlak ALLAH SWT telah diambil alih oleh mereka. Di sini saya berikan satu contoh ayat dari fatwa RIP yang mudah untuk dimanipulasikan bagi tujuan yang salah kerana tiada penjelasan dinyatakan dalam fatwa.

“Dari sudut akidah Islam, seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat daripada Tuhan.”

Ayat ini boleh disalahtafsirkan sebagai merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai Kad IC Islam!

Sedar atau tidak, hukuman ini juga berlaku dalam kalangan syeikh-syeikh tarikat. Mereka membawa pengikut-pengikut ke kubur yang dikatakan ‘wali-wali’ yang baharu meninggal pada zaman ini untuk bertabarruk dengan karamah wali-wali ini.

Hal ini seolah-olah menunjukkan syeikh-syeikh sudah menghukum bahawa jasad yang berada di dalam kubur ini sudah pasti mendapat rahmat daripada Tuhan dan ibadahnya tentu sudah diterima.

Persoalannya, bagaimana syeikh-syeikh ini mengetahui hal tersebut sebelum mereka sendiri dihisab di padang mahsyar? Adakah mereka Tuhan yang mampu mengetahui segala berlaku di alam ghaib?

Kubur Karpal Singh (jika jasadnya tidak dibakar) jelas tidak akan mengancam aqidah umat Islam. Yang mengancam aqidah umat Islam ialah kubur ‘wali-wali’ yang ditinggikan untuk syeikh-syeikh dan pengikut-pengikut mereka yang buta bertabarruk!

Jika seseorang individu mengkategorikan destinasi individu-individu yang lain seperti syurga dan neraka tanpa dalil wahyu, maka kita tanya mereka kembali, “adakah kamu sendiri pasti bahawa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka?

Andainya dia sendiri ragu-ragu, maka katalah kepadanya, “kalau kamu sendiri tidak pasti akan nasib kamu, bagaimana pula kamu boleh pasti akan nasib orang lain?”

Kata-kata di bawah telah menarik diri saya untuk turut berkongsi bersama pembaca sekalian untuk direnungkan bersama.
“Kami hanya pendakwah, bukan penghukum.” (Hassan al-Hudaibi, Murshid al-Ikhwan)

“Saya amat yakin, individu seperti beliau (Karpal Singh) jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.” (Tuan Guru Nik Aziz)

* Penulis ialah tokoh pendakwah Perak

Xifu Naser - LU PUNYA ISLAM UTK LU SYOK SENDILI SAJA!

LU PUNYA ISLAM UTK LU SYOK SENDILI SAJA!
Kritikan pendakwah2 Islam terhadap ideologi Barat baru2 ini masih terlalu OVERSIMPLISTIC. Perlu dipertajamkan lagi. Ini adalah simptom budaya beragama kita, spt kata DrMaza, yang menghantar ‘anak-anak yg kurang bijak’ ke pengajian Islam dan yang tiptop ke Sains, Law, Banking etc. Ini adalah simptom bila kita hidup dalam comfort Zone dimana kita tidak turun padang untuk berhujah dengan mereka yang tidak setuju dengan kita. Tidak heran kalau pendakwah2 Islam secara umumnya TIDAK menganjurkan majlis dialog kritis antara mereka dan yang tidak setuju dengan mereka. Dialog secara bersemuka, bukan online.
Walaubagaimanapun, adalah JENAYAH untuk menyalahkan satu pihak atas kelemahan mrk sedangkan EVEN PERSATUAN-PERSATUAN AGAMA/LIBERAL BUKAN MUSLIM PUN TIDAK BERANI UNTUK OPEN FOR CRITICISM.
Sistem pendidikan dan BUDAYA BERAGAMA Islam dan agama2 lain wajib diubah supaya menjadi lebih critical, global . Adalah lebih wajib lagi bagi umat Islam untuk memperlihatkan Islam sbg Rahmat untuk semua termasuk atheis sekalipun!
al-Hamdulillah, artikel pertama saya di Sinar Harian pada jumaat lalu bertajuk KERAMAT KARPAL & KUBUR WALI sudah di siarkan.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/keramat-karpal-vs-kubur-wali-1.274202
In Shaa Allah, saya akan menulis secara berterusan di Sinar Harian tentang isu-isu global dan local tanpa bias kepada mana-mana pihak dan akan disiarkan setiap jumaat dalam ruangan CETUSAN.
SAYA MENCABAR semua untuk membaca artikel2 saya di Sinar Harian dan I LOVE YOU kalau saya dijemput untuk bersemuka berhujah dengan you yang TIDAK SETUJU dengan saya SELAGI YOU BELANJA MAKAN! Saya satu olang lawan selibu olang pun boleh.
I AM A MUSLIM AND I SUKA BELAJAR idea2 TAK NGAM dgn idea saya sebab ini akan buat saya ALWAYS MORE THAN ONE STEP AHEAD OF YOU.
Maaf jika saya tidak dapat jawab semua kritikan di FB krn I belum get used to BERHUJAH DENGAN SCREEN, NOT A HUMAN FACE, tetapi saya hargainya sgt.
Xifu Naser al-Majnun
(Tokoh Pendakwah Perak/Pensyarah Pemikiran Kritis)
FB lain: Xifu Naser (Public Figure)
hp PR: 018-318-2099 (boleh wasap: Ustazah Aini)

~SEMPURNAKANLAH~ ‪#‎ARAR‬

~SEMPURNAKANLAH~ ‪#‎ARAR‬
Agama ini mempunyai 3 martabat iaitu;
1- Islam
2- Iman
3- Ihsan.
Martabat yang paling tinggi adalah martabat ihsan.
Allah ta'ala berfirman:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka MENJADIKAN ENGKAU HAKIM dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula TIDAK merasa di hati mereka sesuatu KEBERATAN dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka MENERIMA KEPUTUSAN itu dengan SEPENUHNYA ". [An-Nisa':65]
Syaikh Abdul Rahman bin Nasir As-Si'di rahimahullah berkata:
فالتحكيم في مقام الإسلام، وانتفاء الحرج في مقام الإيمان، والتسليم في مقام الإحسان. فمَن استكمل هذه المراتب وكملها، فقد استكمل مراتب الدين كلها.
فمَن ترك هذا التحكيم المذكور غير ملتزم له فهو كافر، ومَن تركه، مع التزامه فله حكم أمثاله من العاصين.
"BERHUKUM (dengan hukum Allah) berada pada kedudukan ISLAM . TIDAK KEBERATAN (dalam melaksanakannya) pada kedudukan IMAN . PENYERAHAN DIRI (dengan hukum tersebut) pada kedudukan IHSAN.
Sesiapa yang MENYEMPURNAKAN ketiga-tiga martabat ini, dia telah menyempurnakan SELURUH martabat agama.
Sesiapa yang meninggalkan berhukum (dengan hukum Allah) dengan menanggap bahawa ianya tidak wajib kepadanya, maka dia kafir.
Sesiapa yang meninggalkannya dengan keyakinan bahawa hukum tersebut wajib kepadanya, maka dia termasuk dalam golongan orang bermaksiat (bukan kafir)". [Tafsir As-Si'di ms:184]
Marilah kita bersepakat untuk menyempurnakan seluruh martabat agama.
Ya Allah, berikanlah taufiq kepada kami untuk melaksanakan apa yang Engkau suka dan redha.

Thursday, April 24, 2014

Penawar

Penawar
Lelaki, fitrahnya cenderung kepada perempuan. Begitu juga sebaliknya, perempuan, fitrahnya cenderung kepada lelaki.
Jika kecenderungan ini tidak mampu dikawal, maka perkahwinan adalah jalan terbaik. Jika tidak, maka berpuasa seperti yang diajar oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Pengajian bukanlah penghalang. Namun dengan syarat-syaratnya.

Syaikh Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad At-Tamimi hafizahullah berkata:
فتأخير الزواج لما بعد الدراسة من الرجل أو المرأة عمل غريب ألقي علينا من غيرنا، ولا تعرف أمة الإسلام مثل هذا، فإذا كان الشباب مستطيعاً للنفقات وكان عاقلا يعاشر المرأة بالمعروف فمثله يستحب له الزواج أو يجب بحسب الحال، وكذلك الفتاة، والزواج المبكر دواء للجنسين، وأي دواء، لا سيما في هذا الزمان.

 "Melambatkan perkahwinan selepas tempoh pengajian sama ada lelaki atau perempuan adalah AMALAN ASING yang dicampakkan oleh umat bukan Islam kepada umat Islam. Umat Islam tidak mengetahui perkara seumpama ini.

Jika seorang pemuda MAMPU untuk memberikan nafkah dan dia seorang yang BERAKAL, dapat BERMUAMALAH dengan wanita dengan cara yang BAIK, maka pemuda sebegini sunat atau wajib baginya berkahwin berdasarkan keadaannya.
Begitu juga seorang pemudi.

Kahwin pada umur awal adalah PENAWAR BAGI KEDUA-DUA JANTINA. Ia merupakan sebaik-baik penawar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini" [Al-Minzhar ms:84]

Semoga Allah kurniakan pasangan yang baik kepada pemuda pemudi kaum Muslimin

(Sumber: ARAR)

Wednesday, April 23, 2014

Zaharuddin Abd Rahman - kategori sahabat yang mana yang sering didekati oleh Nabi?


Sahabat-sahabat Nabi ada pelbagai, ada yang paling rapat dan besar jasanya kepada baginda seperti 4 orang khalifah dan 7 orang Abdullah, ada pahlawan utama di medan perang, ada penulis wahyu dan ada juga penyair seperti Hasan bin Thabit.

Dari banyak-banyak aktiviti sahabat yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam. Perlulah menilai aktiviti sahabat yang manakah lebih disukai oleh baginda.?

Kemudian, setelah mengkajinya, luanglah masa dan tenaga untuk mengikuti langkah sahabat Nabi tersebut dan kurangkan tumpuan kepada aktiviti yang jarang-jarang di ambil perhatian oleh Nabi. Dengan itu, kita mampu meletakkan prioriti beragama dengan betul.

Fikirkan...sahabat-sahabat Nabi mungkin ada yang dari kategori di bawah:-

  1. yang mahir & kerap mengajar dan membincangkan ilmu dari Al-Quran & Sunnah, 
  2. yang mahir & kerap berjuang di medan peperangan sebenar menegakkan Islam,
  3. yang mahir & kerap belajar & membetulkan amalan,
  4. yang mahir & kerap terlibat urusan politik,
  5. yang mahir & kerap membersihkan jiwa secara sendirian,
  6. yang mahir & kerap bernashid dan bersyair memuji-muji nabi,
  7. yang mahir & kerap berniaga secara halal
dan macam-macam lagi..kategori sahabat yang mana yang sering didekati oleh Nabi dan lebih hampir kepada baginda serta mendapat tempat di sisinya ?