Saturday, April 26, 2014

~SEMPURNAKANLAH~ ‪#‎ARAR‬

~SEMPURNAKANLAH~ ‪#‎ARAR‬
Agama ini mempunyai 3 martabat iaitu;
1- Islam
2- Iman
3- Ihsan.
Martabat yang paling tinggi adalah martabat ihsan.
Allah ta'ala berfirman:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka MENJADIKAN ENGKAU HAKIM dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula TIDAK merasa di hati mereka sesuatu KEBERATAN dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka MENERIMA KEPUTUSAN itu dengan SEPENUHNYA ". [An-Nisa':65]
Syaikh Abdul Rahman bin Nasir As-Si'di rahimahullah berkata:
فالتحكيم في مقام الإسلام، وانتفاء الحرج في مقام الإيمان، والتسليم في مقام الإحسان. فمَن استكمل هذه المراتب وكملها، فقد استكمل مراتب الدين كلها.
فمَن ترك هذا التحكيم المذكور غير ملتزم له فهو كافر، ومَن تركه، مع التزامه فله حكم أمثاله من العاصين.
"BERHUKUM (dengan hukum Allah) berada pada kedudukan ISLAM . TIDAK KEBERATAN (dalam melaksanakannya) pada kedudukan IMAN . PENYERAHAN DIRI (dengan hukum tersebut) pada kedudukan IHSAN.
Sesiapa yang MENYEMPURNAKAN ketiga-tiga martabat ini, dia telah menyempurnakan SELURUH martabat agama.
Sesiapa yang meninggalkan berhukum (dengan hukum Allah) dengan menanggap bahawa ianya tidak wajib kepadanya, maka dia kafir.
Sesiapa yang meninggalkannya dengan keyakinan bahawa hukum tersebut wajib kepadanya, maka dia termasuk dalam golongan orang bermaksiat (bukan kafir)". [Tafsir As-Si'di ms:184]
Marilah kita bersepakat untuk menyempurnakan seluruh martabat agama.
Ya Allah, berikanlah taufiq kepada kami untuk melaksanakan apa yang Engkau suka dan redha.